Kanang akan diberi penghormatan pahlawan
Astro Awani
Januari 3, 2013 07:41 MYT
Januari 3, 2013 07:41 MYT
Datuk Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia awal semalam akan diberi penghormatan pahlawan bagi upacara pengkebumiannya.
Mendiang akan dikebumikan di Kubur Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Kuching pada ahad ini.
Orang ramai juga berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Dewan Suarah Kuching pada Sabtu dan Ahad ini.
Selepas upacara tersebut, mendiang akan dibawa ke Gereja St Thomas untuk upacara keagamaan pula.
Sementara itu, pemergian mendiang secara mengejut sukar diterima ahli keluarganya.
“Beliau tidak bercakap banyak...bergurau sebelum tidur...saya pun tidak sangka jadi macam ini.
“Mula-mula dia hanya diam seperti batu, saya ingat beliau begurau... tengok-tengok muka beliau pucat. Saya terkejut dan mula nangis. Saya pun panggil orang pun tetapi tak dapat kerana semua orang dah tidur,” kata balu kepada Kanang, Datin Brawang Chunggat.
Jelas brawang, beliau serta mendiang sering membuat pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat.
Kesedihan yang sama turut dikongsi rakan baik mendiang.
Sementara itu, timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatkan Kanang sebagai wira negara yang tiada gantinya.
Kanang 65 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, dipercayai akibat serangan jantung pada 1.45 pagi Khamis.