Kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas
Astro Awani
Mac 17, 2018 11:46 MYT
Mac 17, 2018 11:46 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui lemas di Kampung Semawang, Kota Samarahan pada Sabtu.
Mangsa Sherry Jimbat berusia tiga tahun sembilan bulan itu ditemui penduduk kampung dan anggota penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (APM) pada jam 7.30 pagi.
Mangsa ditemui di kedudukan tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Pada pagi Jumaat, mangsa bersama kakaknya dikatakan bermain di sebatang sungai di belakang rumah mangsa sebelum tergelincir.
Menurut jurucakap APM Sarawak, ketika kejadian air sungai surut namun arus deras.
"APM menerima panggilan pada jam 11.40 pagi telah bergegas ke lokasi kejadian dan memulakan operasi pencarian sehingga jam 7 malam sebelum disambung semula pada Sabtu.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.