Kanak-kanak tersepit antara tiang elektrik dan pokok

Abd Razak Mohd Ali
September 21, 2020 20:23 MYT
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. -JBPM
Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok di Surau Kampung Bakap, dekat sini, pada Isnin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.23 petang.
"Sebaik anggota tiba di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tersepit di antara tiang elektrik dan sebatang pokok,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, katanya mangsa berada dalam keadaan selamat.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Raja Mohd Saad Raja Adnan tamat pada jam 5 petang.
#JBPM #Kanak-kanak #pokok #terperangkap #tersepit #tiang elektrik
;