Kanak-kanak sembilan tahun maut jatuh dari balkoni tingkat sembilan

Astro Awani
Disember 23, 2014 08:50 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa. -Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, petang tadi.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa tergelincir selepas memanjat balkoni untuk mengambil selipar yang tersangkut.
Ketua Polis Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya di flat berkenaan.
Katanya lagi, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#Flat Taman Bukit Angkasa #Kanak-kanak #maut #Muhammad Azlee Abdullah #Pantai Dalam #terjatuh
;