Kanak-kanak patah kaki terjatuh eskalator di pusat beli belah di Kota Bharu

Bernama
Ogos 9, 2015 22:25 MYT
Nor Syazasafieya Mohd Sukarno, 3, terjatuh dari tingkat satu kira-kira 1.10 tengah hari tadi. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak perempuan patah kaki kanan selepas terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli-belah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata Nor Syazasafieya Mohd Sukarno, 3, terjatuh dari tingkat satu kira-kira 1.10 tengah hari tadi.
"Mangsa terjatuh selepas tangannya terlepas dari tempat pemegang eskalator yang dipanjatnya di kawasan sebelah luar tangga," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata penyelia keselamatan yang menyedari kejadian itu segera bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
BACA: Kanak-kanak cedera tersepit eskalator di pusat membeli-belah
BACA: Budak 3 tahun hancur pergelangan tangan tersepit eskalator
BACA: Seorang wanita maut 'ditelan' eskalator di China
BACA: 8 langkah keselamatan ketika menaiki eskalator
#escalator #Eskelator #Kota Bharu #Nor Syazasafieya Mohd Sukarno #Rohaimi Md Isa
;