Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok
Shafik Ahmad
April 30, 2022 00:01 MYT
April 30, 2022 00:01 MYT
SARATOK: Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam insiden kebakaran Kampung Hulu dekat Jalan Abang Haji Putih Alias pada Sabtu malam.
Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mayat mangsa berusia 12 tahun itu ditemui dalam bilik tidur rumah dua tingkat berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Kho Boo Jang, berkata rumah tersebut musnah 100 peratus.
Katanya, lima penghuni lain terselamat dalam insiden tersebut.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.