Kanak-kanak mati terjerut tali buaian

Bernama
Oktober 30, 2014 21:28 MYT
Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur. - Gambar fail
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut tali buaian di rumah datuknya di Felda Lui Muda dekat sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah Radzuan sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hamzah Alias berkata kejadian itu disedari bapa saudaranya setelah mendapati kanak-kanak itu tiba-tiba senyap.
"Ketika bapa saudaranya pergi ke dapur, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut pada tali buaian.
"Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya mayat Isma Umairah dihantar ke Hospital Jempol dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
#buaian #felda lui muda #mati mengejut
;