Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Ridzal Abdullah
Ogos 21, 2024 06:30 MYT
Jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto BBP Lahad Datu
TUNGKU: Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam satu kebakaran di Kampung Telisai, di sini lewat malam semalam.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah pihak bomba menerima panggilan 9.46 malam.
Sepasukan 15 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu diketuai Komander Operasi Kanan,Sumsoa Rashid bergegas ke lokasi yang jaraknya 55 Kilometer dari BBP Lahad Datu.
Proses pemadaman api dibantu seramai empat anggota Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat dan api dapat dikawal sepenuhnya sekitar 12.45 tengah malam.
Rumah berstruktur tidak kekal itu musnah terbakar sepenuhnya termasuk tiga buah motosikal manakala terdapat seorang mangsa rentung ditemui di ruang bilik.
Identiti mangsa yang rentung, Mohd Qalish Abdul Jumain, 8, dan jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#kebakaran #Kanak-kanak #rentung #Mohd Qalish Abdul Jumain