Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Bernama
Disember 5, 2023 12:20 MYT
Disember 5, 2023 12:20 MYT
KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke ke rumah mereka dari rumah jiran.
Beliau berkata Nor Lelawati tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma.
"Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
-- BERNAMA