Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera bapa

Fareez Azman
Disember 6, 2018 05:00 MYT
Hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang Khamis mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul berganda pada keseluruhan badan. - Gambar hiasan
Tidak sampai sebulan kes bayi berusia 9 bulan meninggal dunia akibat didera di Kajang, berlaku satu lagi kes terbaharu kali ini membabitkan seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai didera.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pihaknya menerima laporan polis oleh seorang Doktor dari Jabatan Kecemasan Hospital Serdang berhubung kejadian itu kira kira jam 10.30 malam Rabu.
Jelasnya, kanak kanak itu dibawa oleh keluarganya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan luka dan lebam dibahagian kepala, badan serta kaki dan tangan.
Bedah siasat membuktikan mangsa maut akibat kecederaan di seluruh badan.
Bertindak atas maklumat, suspek yang juga ayah mangsa berusia 43 tahun ditahan di Balai Polis Semenyih jam 9.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff #bapa #dera #Hospital Serdang #Kajang #Kanak-kanak #mahkamah #mangsa #maut #membunuh #meninggal dunia #polis #reman #Semenyih #siasatan #suspek
;