Balai Polis Brickfields menerusi kemas kini di Facebooknya pada Khamis berkata, kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.
Menurut perkongsian tersebut, hebahan dilakukan bagi mengesan waris kanak-kanak tersebut.
"Kanak-kanak berkenaan berpakaian baju-T biru gelap serta kelabu dan berseluar pendek warna biru ketika ditemui.
"Mohon jasa baik kepada semua untuk sebarkan mesej ini bagi memudahkan pihak polis mengesan waris kanak-kanak tersebut atau menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-79824999 atau 011-32565600," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=2238594419607844&id=776694252464542"><
Sementara itu Ketua Polis Daerah Bricfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, belum ada waris tampil menuntut kanak-kanak itu setakat jam 5.30 petang.
"Kanak-kanak itu telah diserahkan ke Unit Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setakat ini tiada sesiapa tuntut kanak-kanak tersebut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah