Kanak-kanak lelaki diliwat abang tiri
Norfarhiza Mohd Atar
November 3, 2022 05:30 MYT
November 3, 2022 05:30 MYT
BENTONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh dipercayai diliwat oleh abang tirinya yang berusia 17 tahun di Karak.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada Ahad lalu.
"Laporan dibuat oleh bapa mangsa yang berusia 34 tahun berkenaan kejadian terhadap anak lelakinya itu yang dipercayai diliwat oleh abang tiri mangsa.
"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat tangkapan terhadap suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
"Pihak polis juga ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar sentiasa memantau anak-anak bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," ujarnya.