Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif

Kenyataan Media
Mac 26, 2023 22:15 MYT
Mangsa yang cedera di kepala berjaya diselamatkan dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas termasuk jentera EMRS dan kemudian dibawa ke Hospital KPJ Shah Alam untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan Bomba Selangor
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.
Kejadian berlaku di sebuah lif di pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.
Menurut Pegawai Bomba Kanan PBK II (KUP) Abdullah Mohd Ali, mangsa yang bernama Muhammad Ziyaad Luthfi, dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas dipercayai tersepit selama 20 minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera di kepala berjaya diselamatkan dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas termasuk jentera EMRS dan kemudian dibawa ke Hospital KPJ Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, empat lagi mangsa lain yang terperangkap dalam lif tersebut turut berjaya dikeluarkan.
"Selain kanak-kanak tersebut, empat lagi mangsa terlibat adalah seorang lelaki dan tiga perempuan.
"Empat lagi mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.
#shah alam #Kanak-kanak #tersepit lif #Muhammad Ziyaad Luthfi
;