Kanak-kanak lakon semula aksi lihat Zayn Rayyan sebelum hilang

Sinar Harian
Disember 15, 2023 09:20 MYT
Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Jumaat. - Sinar Harian
PETALING JAYA: Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Jumaat.
Kanak-kanak berkenaan melakonkan aksi berkenaan dengan dibantu anggota serta pegawai Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Kanak-kanak itu difahamkan melihat Zayn Rayyan lima jam sebelum mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.
Difahamkan, lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor berkata, kedua kanak-kanak itu merupakan individu yang dipercayai ternampak mangsa di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Idaman, 5 Disember lalu.
Kedua-dua mereka dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini. - Sinar Harian
#Zayn Rayyan #lakon semula #rakan mangsa #siasatan polis