Kanak-kanak jatuh eskalator di Bukit Jambul tunjuk tindak balas positif

Astro Awani
Oktober 20, 2016 13:41 MYT
Bapa mangsa terlepas kanak-kanak malang itu sewaktu menundukkan kepala akibat panik apabila menoleh untuk melihat anak sulungnya yang tangannya tersepit pada pemegang eskalator tersebut.
Kanak-kanak yang terjatuh eskalator di Bukit Jambul, Pulau Pinang Ahad lalu, Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim yang retak tempurung kepalanya sudah mula menunjukkan tindak balas positif.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid memaklumkan, mangsa juga tidak lagi menggunakan bantuan mesin pernafasan namun masih belum sedarkan diri.
Dalam kejadian 6.30 petang Ahad itu, mangsa yang ditanggung di atas bahu bapanya terjatuh dari ketinggian tiga meter dari aras satu ke bawah pasaraya tersebut ketika mereka menaiki eskalator.
Siasatan polis menunjukkan bapa mangsa terlepas kanak-kanak malang itu sewaktu menundukkan kepala akibat panik apabila menoleh untuk melihat anak sulungnya yang tangannya tersepit pada pemegang eskalator tersebut.
Akibatnya, mangsa jatuh terhempas ke tingkat bawah dan mengalami keretakan pada tempurung kepala dan pendarahan dalam otak.
#bukit jambul #jatuh eskalator #jatuh terhempas #Nur Akilah Amani Zuraimi
;