Kanak-kanak hilang ditemukan selamat

Umavathi Ramayah
Mac 24, 2021 05:19 MYT
Polis memaklumkan Kelvin ditemukan selamat.
KUALA LUMPUR : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Cheras, di sini pada Isnin ditemukan selamat.
Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Akhbar sebelum ini melaporkan Kelvin disedari hilang pukul 9.51 malam Isnin di hadapan rumah Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting, Jalan 13A Kampung Baru Salak Selatan, Cheras.
BACA: Bantu cari Kelvin, kanak-kanak hilang sejak semalam
Kanak-kanak itu memakai baju berwarna biru muda serta berseluar pendek berwarna hitam sebelum dilaporkan hilang.
#kanak-kanak hilang #ditemukan semula #Ketua Polis Negara #Polis Diraja Malaysia #IPD Cheras #Talian Nur #Kelvin