Kanak-kanak hilang ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau
Astro Awani
Februari 7, 2019 23:19 MYT
Februari 7, 2019 23:19 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan yang hilang ketika bermain air dengan dua beradiknya di kawasan batu berhampiran pantai di Pantai Tanjung Balau, di sini ditemui lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata mangsa, Nurul Ain Sajali, 8 tahun, ditemui orang awam kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang kurang 24 jam lalu.
Katanya, mangsa dijumpai jam 4.30 petang tadi.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi.
"Operasi ditamatkan pada pukul 5.30 petang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian semalam, Nurul Ain dari Kota Masai, Pasir Gudang beriadah dipantai itu bersama ibu bapa dan anggota keluarga yang lain.
Kehilangannya disedari anggota keluarga pada jam 3 petang dan membuat pencarian sendiri sebelum menghubungi talian kecemasan 999 kira-kira jam 5 petang.
#hilang
#Hospital Kota Tinggi
#Kanak-kanak
#kawasan batu
#Kota Tinggi
#mati lemas
#Nurul Ain Sajali
#Pantai Tanjung Balau