LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika mandi di laut Kampung Sinakut, Felda Sahabat 16, di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.18 malam.
“Berdasarkan maklumat daripada pemanggil terdapat seorang kanak-kanak hilang di laut ketika mandi bersama rakannya dan disyaki dibaham buaya.
“Semalam, kita hanya mendapatkan maklumat berkaitan mangsa dan keadaan lokasi bagi tujuan perancangan operasi pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, pihaknya menghadapi cabaran dari segi jarak dan keluasan operasi yang akan dijalankan.
“Pasukan bomba terpaksa menarik bot sejauh lebih 150 kilometer yang akan mengambil masa lebih kurang empat jam untuk tiba di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, pasukan bomba akan berusaha mengatur operasi berdasarkan kekuatan anggota dan jentera yang ada,” katanya.
Sumsoa berkata, seramai empat pegawai dan anggota bomba bersama jentera FRV serta bot aluminium digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 7.40 pagi tadi.
“Maklumat terkini kejadian itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Zulhafiiz Brahim
Sun Dec 05 2021
Seramai empat pegawai dan anggota bomba bersama jentera FRV serta bot aluminium digerakkan ke lokasi. - Foto ihsan bomba
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Tiga beradik lemas di kolam ikan
Bapanya berlari ke kolam terbabit sebelum mendapati ketiga-tiga anak lelakinya sudah lemas.