Kanak-kanak enam tahun terkunci dalam kenderaan pacuan empat roda
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 1, 2021 05:43 MYT
Ogos 1, 2021 05:43 MYT
KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun menghadapi saat cemas apabila terkunci di dalam kenderaan pacuan empat roda kira-kira setengah jam di hadapan sebuah pasar mini, di sini, semalam.
Mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kenderaan dengan enjin masih hidup sementara ibu bapanya keluar membeli belah di pasar mini berkenaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.37 petang.
“Anggota bomba telah menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
#Kanak-kanak
#terkunci
#kenderaan
#enjin hidup
#pasar mini
#Kuala Kangsar
#peralatan khas
#buka pintu
#pacuan empat roda