Kanak-kanak dua tahun lemas terjatuh dalam parit

Vivi Sumanti
November 6, 2018 22:09 MYT
Mangsa ditemui tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan terjatuh.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit air berhampiran rumahnya petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud mangsa yang dikenali sebagai Nurhasnita Saupidi itu, dikatakan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Limau Nipis, Melawi di sini sekitar jam 4.30 petang tadi.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 4.57 petang dan menjalankan operasi pencarian bersama penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa ditemui tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan terjatuh pada sekitar jam 5.30 petang tadi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.
#Bachok #Hospital Universiti Sains Malaysia #HUSM #Kampung Limau Nipis #Kanak-kanak #lemas #Nurhasnita Saupidi #parit #terjatuh
;