Kanak-kanak ditemui terapung di Sungai Brooke
Sinar Harian
Jun 1, 2018 18:11 MYT
Jun 1, 2018 18:11 MYT
Seorang kanak-kanak dipercayai anak Orang Asli, ditemui terapung di Sungai Brooke, Kampung Kuala Betis, di sini, petang tadi.
Mangsa ditemui penduduk kampung yang mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.
Usaha membawa mangsa ke darat berjaya namun penduduk gagal mengenal pasti identiti kanak-kanak terbabit.