Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kinabatangan

Radhi Muslim
Julai 12, 2022 14:26 MYT
Mangsa berusia lapan tahun berkenaan dilaporkan mandi di sungai itu sebelum dilaporkan hilang. - Foto Astro AWANI
KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Batu Puteh, di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lapan tahun berkenaan dilaporkan mandi di sungai itu sebelum dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.
[TERKINI] Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Kinabatangan
Menurutnya, sejurus itu seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Ketika ini, SAR sedang giat dijalankan. Namun mangsa belum ditemui.
“Sebarang perkembangan dari semasa ke semasa akan dimaklumkan," katanya.
#kanak-kanak hilang #lemas #Sungai Kinabatangan #bomba
;