Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Bersih

Dewi Nur Harasha Alias
Jun 27, 2022 21:25 MYT
Mangsa dipercayai mandi bersama tiga lagi rakannya di pantai tersebut sebelum kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu berlaku. - Gambar/ JBPM
BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih di sini, pada Isnin.
Mangsa dipercayai mandi bersama tiga lagi rakannya di pantai tersebut sebelum kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu berlaku.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Kanan Bomba II Mohd Faizwan Che Amat, berkata pihaknya segera menghantar pasukan sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Sebaik tiba, pasukan dimaklumkan mangsa yang mandi manda bersama rakannya telah dibawa arus, manakala rakan-rakannya berjaya diselamatkan.
"Seorang pemancing yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamatkan mangsa namun dia juga hampir lemas sebelum diselamatkan orang awam di kawasan itu.
"Anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) membuat pencarian di kawasan terbabit dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran serta nelayan," kata ketika ditemui pada Isnin.
Mohd Faizwan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan jam 7.30 malam tadi atas faktor cuaca dan keadaan gelap, dan akan disambung semula jam 7 pagi esok.
#kes lemas #Kanak-kanak #pantai bersih #Bagan Ajam
;