Kanak-kanak 4 tahun dikhuatiri lemas di lombong

Astro Awani
September 2, 2019 23:43 MYT
Pihak berkuasa terutamanya JBPM bersama-sama dalam usaha pencarian mangsa di lokasi kejadian. - JBPM
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dikhuatiri lemas di lombong berhampiran sebuah resort di sini petang Isnin.
Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Mohd Zafran Akashah Mazlan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pada 6 petang, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian lemas di lombong berhampiran resort di Jalan Tanjung Tualang itu.
“Selipar mangsa telah dijumpai di kawasan lombong tersebut dan kedalaman lombong kira-kira 30 meter,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.
Menurutnya, operasi ‘surface searching’ sedang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar.
#JBPM #Kanak-kanak #lemas #lombong #resort
;