Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera

Astro Awani
Disember 17, 2012 07:10 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia dunia pada tiga setengah petang Isnin semasa mendapat rawatan di sebuah klinik.
Siasatan awal mendapati, terdapat unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada kemaluan.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail berkata dia menerima panggilan daripada anaknya Norhafiza Osman yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.
Tetapi dia percaya cucu pertamanya didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja .
Katanya, dia menjaga kanak-kanak-kanak itu sejak lahir disebabkan ibu bapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam akar peluru.
Sementara itu bahagian siasatan jenayah Kota Setar DSP V. Saravanan berkata polis menunggu hasil keputusan bedah siasat sebelum tindakan lanjut diambil.
#Alor Setar #Didera #Kanak-kanak #meninggal dunia #teman lelaki
;