Kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit

Bernama
Mac 15, 2021 12:50 MYT
Anak yang bermain di hadapan rumah didapati hilang dari pandangan dan kemudian ditemui di dalam parit. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan lemas dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang pada 7.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku apabila bapa mangsa berusia 34 tahun menyedari anaknya yang bermain di hadapan rumah telah hilang dari pandangan.
“Setelah dicari, bapa mangsa menemui kanak-kanak itu di dalam parit di hadapan rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai siasatan mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
#Kuala Selangor #polis #lemas #mangsa #hilang #Kanak-kanak #Kampung Sungai Sireh #Tanjung Karang #Ramli Kasa #parit #meninggal dunia
;