Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas tergelincir ketika memancing
Noraniza Kamsani
Januari 20, 2018 17:22 MYT
Januari 20, 2018 17:22 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke Sungai Belat, dekat Jaya Gading di sini, petang tadi.
Kejadian jam 2 petang berlaku ketika, Mohd Danish Haikal Semar sedang memancing bersama beberapa rakannya di sungai berkenaan.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima laporan pada jam 2.42 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pada masa ini, operasi sedang dijalankan oleh Unit Skuba bomba dan turut membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Setakat ini kita belum menemui mangsa dan pihaknya masih berusaha mencari kanak-kanak tersebut sambil dibantu penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
#bomba
#Jaya Gading
#JBPM
#Kanak-kanak
#lelaki
#lemas
#mangsa
#Memancing
#Mohd Danish Haikal Semar
#operasi
#Sungai Belat