Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sinar Harian
Oktober 10, 2023 19:17 MYT
Oktober 10, 2023 19:17 MYT
KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.
Menerusi gambar dikongsikan, dilihat sekurang-kurangnya empat anggota mengangkat wanita berkenaan yang duduk di atas kerusi roda.
Hujan lebat sekitar jam 4.30 petang menyebabkan lokasi berkenaan dilanda banjir kilat dengan air naik dianggarkan 0.2 meter.
Setakat jam 6 petang, ibu kota masih dilanda hujan lebat. - Sinar Harian