'Kami tidak komplen, kami bertindak 'Students Help Students'

Awani Rangers UMK
Oktober 17, 2017 08:15 MYT
Pelajar bantu pelajar kurangkan beban kos sara hidup. MPP UMK proaktif, beri petrol percuma keada pelajar. - Sumber foto MPP UMK
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melaksanakan pemberian petrol percuma kepada pelajar demi meringankan beban mereka.
Petrol percuma diberikan kepada 100 orang pelajar yang terawal.
Menurut Yang Dipertua MPP, Sufi Azam Azahari, program ini sebagai langkah mencerminkan prinsip anak muda yang sentiasa proaktif dan bertindak membantu antara satu sama lain.
"Program 'Students Help Students' sebanyak ia dapat membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan," kata Sufi.
Inisiatif ini dimulakan oleh Majlis Pelajar-Pelajar (MPP) UMK.

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMK Sharifah Fazeera Syed Mohamed, Nurul Hazirah Ismail dan Nursyukrina Zakari

** Awani Rangers UMK merupakan inisiatif kerjasama strategik antara Astro AWANI dan Universiti Malaysia Kelantan

#Astro Awani #AWANI Rangers #Majlis Pelajar-Pelajar #petrol #Students Help Students #Universiti Malaysia Kelantan