Dua daripada lima nelayan rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas melalui detik menyeksakan sepanjang lebih lapan bulan berada dalam tahanan kumpulan pengganas itu.
Tayudin Anjut, 45, dan Abdul Rahim Summas, 63, yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di selatan republik itu pada Khamis lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, malam tadi.
Menurut Tayudin, mimpi ngeri kesemua mereka yang merupakan kru kapal tunda Serudong Tiga bermula apabila diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah pada 18 Julai 2016.
Tayudin dan Abdul Rahim yang kini mengalami pelbagai masalah kesihatan berkata mereka sering diseksa seperti hamba abdi dan hanya diberi sisa makanan kumpulan terbabit dan meminum air masin bagi meneruskan kehidupan.
"Kami disuruh memasak untuk mereka dan hanya sisa makanan mereka akan diberikan kepada kami...jika tiada lebihan makanan maka tiada makanan untuk kami.
"Mata kami sering ditutup dan tangan kami sering diikat...kami juga sering dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain pada waktu malam di dalam hutan yang tidak diketahui," katanya sambil menangis kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: PM Najib rakam penghargaan kepada kerajaan FIlipina
Kedua-dua mangsa culik itu pagi tadi bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk melahirkan sendiri penghargaan kerana kerajaan tidak berputus asa menyelamatkan mereka.
"Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Filipina yang menyelamatkan kami, sepanjang lapan bulan, kami tidak putus harapan dan percaya kami akan diselamatkan satu hari nanti," katanya.
Menceritakan detik mereka diselamatkan, Tayudin berkata dia dan Abdul Rahim dibawa oleh orang kampung menaiki perahu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina.
"Pada malam itu, kami berdua tidak tahu kami sedang diselamatkan malah tiga lagi rakan yang turut diculik juga tidak mengetahuinya dan tidak dapat diselamatkan ketika itu," katanya.
Tayudin dan Abdul Rahim yang masih trauma, berkerusi roda dan tidak mampu berjalan akibat diseksa ketika diculik turut mengalami masalah penglihatan akan dirawat di Hospital Selayang sebelum dibawa pulang ke Sabah.
Kedua-dua mangsa juga mengalami masalah pundi kencing tidak berfungsi akibat terpaksa meminum air masin.
Kedua-dua mereka turut dipertemukan dengan keluarga mereka di kediaman Perdana Menteri di Jalan Taman Duta di sini, sambil disaksikan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Tayudin disambut isterinya Rustia Sultan, 47, dan dua anak mereka iaitu Nurerin Farisha, 13, dan Mohd Fahirin, 5, manakala Abdul Rahim disambut anak keduanya Rasniyati, 40, dan beberapa anggota keluarga lain, tidak dapat menahan tangis sejurus bertemu.
Menurut Tayudin, penculik membenarkan mereka menghubungi keluarga melalui telefon beberapa kali dalam tempoh tersebut, dan setiap kali itu juga, penculik mengugut untuk membunuh mangsa.
Abdul Rahim yang menghidap darah tinggi berada dalam keadaan lemah mengadu sakit di seluruh tubuh dan tidak boleh melihat dengan jelas.
Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid kira-kira pukul 9.30 pagi tadi mengesahkan tiga lagi rakan Tayudin dan Abdul Rahim yang turut diculik, Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, telah diselamatkan tengah malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2017
Kedua-dua mangsa juga mengalami masalah pundi kencing tidak berfungsi akibat terpaksa meminum air masin. - Foto: KP1M
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.