Kami orang susah, tak patut buat begini - Ibu mangsa culik luah rasa kesal

Radhi Muslim
Mei 22, 2019 17:31 MYT
ZUANA: Janganlah buat nelayan yang susah seperti itu; ia tidak patut. - Astro AWANI
Ibu mangsa culik Abu Sayyaf, Jari Abdullah yang terbunuh pada April lalu meluahkan rasa kesal dan marah kepada pengganas yang menyebabkan kematian anaknya.
Zuana Laudiato berkata, adalah sesuatu yang tidak patut anaknya diperlakukan sedemikian sedangkan mereka orang yang serba daif.
"Anakku hanyalah bekerja untuk mendapatkan sumber rezeki sebagai nelayan sahaja.
"Janganlah buat nelayan yang susah seperti itu. Ia tidak patut.
"Cara kematiannya pun kami sukar terima. Kalau sakit tidak apa, tetapi dia mati ditembak," katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Rabu.
BACA: Ibu kru kapal yang hilang sebak mengenang anak
Katanya, dia hampir menjadi gila memikirkan kejadian terbabit.
"Ada ketika anak menantu suruh aku berhenti menangis kerana risau keadaanku dan nanti pula, aku yang sakit.
"Tapi, sukar untuk melupakan semua ini," katanya.
BACA: Keluarga mangsa culik rayu bantuan kerajaan
Terdahulu, pada Disember tahun lalu, Jari bersama dua rakannya nelayan diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf ketika memukat ikan di perairan Pegasus Reef Kinabatangan.
Namun, pada April, mangsa dilaporkan terbunuh dan jenazah dikebumikan di Sandakan awal bulan lalu.
#Abu Sayyaf #culik #ibu #Jari Abdullah #mangsa #mati #nelayan #pengganas #Sandakan #Zuana Laudiato
;