"Kami nak sangat pulang berhari raya di Malaysia tetapi...."

Rahimah Abdullah
April 5, 2020 18:25 MYT
Shaliz Azwa Yahaya, 35, berkata, beliau dan suami mungkin terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang berhari raya tahun ini di Malaysia.
Rakyat Malaysia di Melbourne, Victoria, Australia berharap krisis COVID-19 dapat berakhir dengan cepat dan mereka dapat pulang berhari raya di tanah air.
Shaliz Azwa Yahaya, 35, berkata, beliau dan suami mungkin terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang berhari raya tahun ini di Malaysia kerana penutupan sempadan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Untuk pulang ke Malaysia waktu ini tidak dapat dilaksanakan, saya dan keluarga sudah beli tiket untuk balik ke Malaysia untuk berhari raya tetapi nampaknya terpaksa ditukarkan atau dikreditkan ke dalam akaun kami.
"Diharapkan gejala ini berakhir dengan cepat supaya kami dapat pulang segera sebab Australia juga sudah menetapkan border close mungkin selama enam bulan di mana pelancong luar tak dibenar masuk, dan orang di sini tidak dapat keluar.
BACA: COVID-19: Empat lagi kematian, 179 kes baharu dicatat
"Kita sama-sama berharap supaya benda ini tidak lama sangat sebab memang nak sangat pulang ke Malaysia," katanya kepada Astro AWANI.
Menceritakan lanjut, Shaliz dan suami serta anak perempuan mereka berusia 3 tahun belum mengalami kesulitan sepanjang Perintah Berkurung dilaksanakan di Melbourne.
"Kedai masih dibuka terutama menjual barang keperluan seperti pasaraya, farmasi, bank, pejabat pos, ada juga kedai pakaian masih dibuka , namun sebenarnya tidak digalakkan dibuka. Kafe dan restoran juga masih dibuka tetapi dibenarkan take way dan delivery saja," ujarnya.

Wajarkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan?#DudukRumah #HapusCOVID19

— Astro AWANI (@501Awani) April 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keluarga ini sudah 11 tahun menetap di Melbourne iaitu sejak tahun 2009.
Shaliz mengusahakan perniagaan bakeri dari rumah.
Australia setakat ini, mencatatkan 5,625 kes positif covid-19 dengan 34 kes kematian.
#Astro #Astro Awani #Australia #COVID-19 #koronavirus #Malaysia #Melbourne #rakyat Malaysia
;