Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Publication
Disember 7, 2024 16:15 MYT
Disember 7, 2024 16:15 MYT
KUALA LUMPUR: Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Kempen ini melibatkan hampir 40 penyampai radio daripada 13 stesen Astro Radio, termasuk nama-nama terkenal seperti Faizal Ismail, Anas Tahir, Aishah Sinclair, Calista, Isha Norsham, dan ramai lagi.
Melalui inisiatif ini, masyarakat sekitar Kuala Lumpur juga diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, berkata aktiviti ini adalah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh organisasi media seperti mereka.
“Harapan kami agar barangan sumbangan yang dikumpulkan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.
"Kehadiran penyampai radio dalam kempen ini merupakan satu tanda sokongan moral kepada
mereka yang terkesan," katanya.
Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan derma secara tunai ke akaun berikut:
Yayasan Astro Kasih
No. Akaun: 21412900254230
Bank: RHB Bank Berhad
Kempen ini turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada syarikat seperti PTPTN, Pro Dental, dan Joy Paradise Holidays Sdn Bhd.
Astro Radio mengucapkan terima kasih kepada LOTUS Cheras atas tajaan lokasi dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang akan membantu dalam pengagihan barangan sumbangan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan. Sumbangan anda amat bermakna dan sangat bernilai.