'Kami berjaya kawal, sekat Bersih masuk Dataran Merdeka" - Gerakan Merah

Astro Awani
November 19, 2016 12:05 MYT
ZAINURI: 'Apabila tiada pergerakan daripada pihak Bersih untuk masuk ke Dataran Merdeka, seperti mana mereka gembar-gemburkan sebelum ini, jadi ini merupakan satu kejayaan kepada kami.' - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) mendakwa himpunan berjaya selepas kumpulan Bersih gagal memasuki Dataran Merdeka di ibu negara hari ini.
Menurut Ketua Pemuda GNGMM, Zainuri Zainal, 43, kehadiran Baju Merah mampu menyekat dan mengawal kumpulan Bersih.
"Apabila tiada pergerakan daripada pihak Bersih untuk masuk ke Dataran Merdeka, seperti mana mereka gembar-gemburkan sebelum ini, jadi ini merupakan satu kejayaan kepada kami bahawa mereka selalu mengomong-omong untuk merempuh atau menceroboh masuk ke Dataran Merdeka.
"Hakikatnya, kehadiran kita (Baju Merah) mampu menyekat dan mengawal pergerakan mereka,"katanya ketika ditemui di Padang Merbok, di sini hari ini.
BACA: Di sini ada lapor langsung Bersih 5
BACA: Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis

"Selepas 3 jam berkumpul di Padang Merbok, Kumpulan Baju Merah akan berkumpul dengan rakan-rakan lain di luar kawasan ini."@501Awani pic.twitter.com/jnmVf3UhrS

— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Ini merupakan 1 kejayaan kepada kami selepas #Bersih5 tidak boleh masuk ke Dataran Merdeka"- Zainuri @501Awani pic.twitter.com/IJJBU3oepO

— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelanya lagi, kehadiran mereka bukanlah untuk mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara namun lebih kepada menjadi kumpulan kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)
GNGMM memulakan perarakan mereka di Jalan Putra pada jam kira-kira 11.10 pagi Sabtu.
Mereka kemudiannya mula berarak sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching dan berakhir di Padang Merbok sehingga kira-kira jam 3.30 petang.
Zainuri berkata kumpulan GNGMM kemudiannya berkumpul di sekitar Pasar raya SOGO, sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.20 petang.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan seramai 2,500 peserta menyertai Himpunan Gerakan Merah.
#Baju Merah #Bersih #Dataran Merdeka #gerakan merah