Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022

Bernama
Mac 25, 2022 07:00 MYT
Kamarudin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Kamarudin akan menjadi antara ahli panel dalam edisi ke-20 forum itu, yang akan meneroka ruang diplomasi merentasi pelbagai isu serantau, global dan tematik utama di bawah tema "Transformasi untuk Era Baru".
Beliau juga bakal mengadakan mesyuarat berasingan dengan rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk membincangkan kerjasama dua hala serta berkongsi pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
-- BERNAMA
#Kementerian Luar #Kamarudin Jaffar #delegasi malaysia #Forum Doha 2022
;