GUA MUSANG: Tulisan kaligrafi Cina merupakan antara elemen penting bagi masyarakat Tionghua yang melambangkan kemeriahan dan tuah dengan melekatkannya di bahagian kiri dan kanan pintu rumah atau bangunan sebagai dekorasi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Liew Koon Yan, 54, berkata sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hiasan di dinding dan pintu rumah, tokong dan premis yang didiami sekiranya tidak dihiasi dengan kaligrafi.
Beliau yang juga seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 2 memilih untuk mengajar golongan muda masyarakat Cina mempelajari seni tulisan tersebut sebagai rutin tahunan sempena perayaan tersebut.
"Seni tulisan kaligrafi ini ditulis dengan dakwat dan berus Cina, menggunakan kertas berwarna merah yang melambangkan kemeriahan atau membawa 'ong' (tuah).
"Walaupun zaman sekarang sudah moden, masih ada golongan muda kaum Cina terutamanya murid dan pelajar sekolah di sini mempunyai minat terhadap seni tradisional kebudayaan Cina ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Koon Yan berkata setiap patah perkataan yang ditulis bukan hanya melambangkan kesenian budaya mereka, malah membawa maksud dan doa yang melambangkan permulaan semangat baharu, kemakmuran dan keuntungan akan diperoleh dalam kehidupan yang selalunya tulisan kaligrafi ini mempunyai antara satu hingga tujuh perkataan yang berlainan.
Sementara itu, pelajar Koon Yan bernama Belle Ng Pui En, 12, berkata seni tulisan kaligrafi dipelajarinya sejak lima tahun lepas bersama dua rakan sebayanya, Soo Yee Han dan Liew Yu Xi, yang juga murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang.
"Setiap tahun kami bertiga secara sukarela akan membuat beberapa seni kaligrafi untuk digantung di kawasan tokong, secara tidak langsung melatih diri kita untuk bertenang dan bersabar untuk membuat lakaran tulisan yang cantik. Saya harap kesenian tulisan kaligrafi ini akan terus terpelihara dan dipelajari oleh semua golongan muda terutama kaum Cina," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Pelajar kaligrafi Cina memberi sepenuh perhatian ketika menghasilkan kaligrafi sebagai hiasan di Tokong Kuan Tai Meow, Bandar Lama, hari ini. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
Tanah runtuh Miri: Kisah duka sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh yang meragut lima nyawa.
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
Tahun Baharu Cina disambut dengan semangat kegembiraan dan perpaduan
Masyarakat Cina di seluruh Malaysia menyambut Tahun Baharu Cina hari ini dalam suasana meriah dan penuh makna, menandakan permulaan Tahun Ular.
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini
Sehingga kini, sebanyak 1,696 kemalangan direkodkan sepanjang operasi kali ini, berbanding 1,993 kes dalam Op Selamat 21, tahun lalu.
Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.