Kalau tak boleh tidur, bacalah doa - Najib

Astro Awani
Disember 26, 2018 02:57 MYT
Najib memetik salah satu ayat dalam warkah itu yang mana Mujahid mencoretkan bahawa beliau tidak boleh tidur kerana mengenangkan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah. - Foto Twitter Najib Razak
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir warkah yang ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Najib memetik salah satu ayat dalam warkah itu yang mana Mujahid mencoretkan bahawa beliau tidak boleh tidur kerana mengenangkan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah,
Mujahid merujuk kepada tindakan Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada 17 Dis lalu.
Najib dalam posting di akaun Twitter milik beliau menasihatkan Mujahid agar berdoa kepada Allah supaya mudah tidur dan tenang.
"Dah berapa malam tak tidur?
"Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang," ciap Najib.

Lepas baca warkah Cordova. "Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda". Drama. Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang. pic.twitter.com/LNoUtGuWfI

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi warkah yang ditulis ketika dalam perjalanan darat dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid, Mujahid membahasakan dirinya "kekanda" dan memanggil Nurul Izzah sebagai "adinda".
"Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari.
"Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'," tulis Mujahid.
#adinda #Cordova #kekanda #Madrid #Malaysia #Mujahid Yusof Rawa #Najib Razak #Nurul Izzah Anwar