'Kalau nak berkumpul, jangan la dalam bangunan' - Dr Maszlee

Hilal Azmi
September 8, 2018 10:25 MYT
Sekumpulan kecil aktivis pelajar mengadakan 'duduk bantah' di bangunan Kementerian Pendidikan di Putrajaya bagi mendesak Maszlee melepaskan jawatan Presiden UIAM. - Foto Facebook Asheeq Ali
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membenarkan kumpulan mahasiswa untuk berhimpun membuat demonstrasi aman.
Katanya, kebenaran itu dibuat sebagai bukti kerajaan Pakatan Harapan merai kebebasan dan menjunjung demokrasi.
"Saya ambil maklum ada demonstrasi oleh mahasiswa di pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya semalam.
"Saya juga dimaklumkan bahawa mereka telah ditangkap malam tadi dan diberitahu kini mereka telah dibebaskan.
"Tetapi saya juga mohon agar duduk bantah ini jangan dibuat di dalam bangunan kerana ianya melibatkan isu keselamatan kementerian seluruhnya," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Tetapi saya juga mohon agar duduk bantah ini jangan dibuat di dalam bangunan kerana ianya melibatkan isu keselamatan kementerian seluruhnya. Saya akan menyiasat lanjut kes ini dan berharap semua mahasiswa yang terlibat berada dalam keadaan baik dan mendapat hak yang sewajarnya.

— Maszlee Malik (@maszlee) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mahu hak bersuara terus diberikan kepada anak muda.
"Kita tidak sepatutnya halang sebarang kritikan," katanya menerusi Twitter.
Malah, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu, Maszlee mengulangi komitmennya untuk memberi jaminan soal kebebasan bersuara untuk mahasiswa.
"Saya akan meneruskan dasar pintu terbuka untuk bertemu dengan pemegang-pemegang taruh demi memartabatkan sistem pendidikan negara," katanya menerusi kenyataan terbabit.

This should never happen. Its intolerable. PDRM must immediately release them and ensure this never happens again. These students have the right to protest and express their dissatisfaction to this new government. We should not be shielded from criticism. https://t.co/wY4ZyTu6qP

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, sekumpulan kecil aktivis pelajar mengadakan 'duduk bantah' di bangunan Kementerian Pendidikan di Putrajaya bagi mendesak Maszlee melepaskan jawatan berkenaan.
Ketua Gabungan Pembebasan Akademik IPT, Asyeeq Ali yang merupakan salah seorang aktivis pelajar yang hadir berkata dia dan kumpulannya akan terus berhimpun sehingga Maszlee meletakkan jawatan itu.
Bagaimanapun mereka ditahan malam semalam untuk siasatan dan telah dibebaskan.
Bantahan mereka ini adalah susulan daripada pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
4 September lalu Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya.
BACA: UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya
Bagaimanapun lantikan Maszlee mengundang kecaman pelbagai pihak.
Susulan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula pelantikan tersebut.
BACA: Kaji semula pelantikan Maszlee: Tun Mahathir
Pelantikan Maszlee itu mengundang kritikan kerana ia dikatakan melanggar janji HARAPAN untuk membebaskan institusi pengajian tinggi daripada pengaruh politik.
#anak #Belia #Facebook #government #Kementerian Pendidikan #kerajaan #keselamatan #Mahathir Mohamad #Malaysia #Maszlee Malik #menteri #Pakatan Harapan #PDRM #Perdana Menteri #presiden #protest #siasatan #students #sukan #Twitter
;