Kalau apa yang saya cakap salah, buktikan - Dr Mahathir

Astro Awani
Jun 8, 2023 21:16 MYT
Kata Dr Mahathir, jika benar kenyataannya itu salah, ia harus dibuktikan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau bersedia didakwa atas kenyataannya berkaitan sejarah Kedah dan Proklamasi Orang Melayu.
Bekas perdana menteri itu berkata undang-undang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bercakap tentang sejarah, melainkan ia membabitkan cerita palsu atau fakta tidak benar.
"Demokrasi memperuntukkan penggulingan Kerajaan melalui pilihan raya atau melalui undi tidak percaya.
"Mengenai sejarah, undang-undang tidak melarangnya. Hanya jika kita mempromosikan cerita palsu untuk tujuan yang salah.
"Tetapi bercakap benar tentang masa lalu bukanlah satu jenayah. Seperti kata George Santayana, mereka yang melupakan sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali," katanya dalam satu kemas kini di Twitter.

INTERROGATION 1. On 2nd Jun 2023 I was interrogated by the police over two statements I had made. 2. The first was on the history Kedah and the lessons we could learn from it.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, jika benar kenyataannya itu salah, ia harus dibuktikan dan menyifatkan tindakan menghantar polis untuk menyoal siasatnya adalah satu bentuk ugutan.
Pada 2 Jun lalu, Dr Mahathir disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
#Dr Mahathir Mohamad #proklamasi melayu #Kedah #sejarah
;