Kaki pukul ditahan ekoran kematian warga Arab
Bernama
Jun 18, 2015 09:23 MYT
Jun 18, 2015 09:23 MYT
Tiga orang 'bouncer' atau kaki pukul ditahan di sebuah pusat hiburan sejurus penemuan mayat seorang warga Arab Saudi di dalam sebuah kenderaan di sini pada Selasa malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka yang berumur antara 26 dan 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Alkhunaini Naif Abdullah Alqassim, 30.
Mayat Alkhunaini Naif ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk belakang kenderaan Toyota Camry yang diparkir di tepi Jalan Dang Wangi pada pukul 7.40 malam.
"Mangsa dikatakan telah diusir oleh bouncer kerana mengacau pelanggan lain dalam keadaan mabuk," katanya.