Kakak Premier Sarawak meninggal dunia

Bernama
Ogos 27, 2024 15:22 MYT
Dayang Meliah yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.50 pagi di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching. - Foto FB Unit Komunikasi Awam Sarawak
KUCHING: Dayang Meliah Tun Openg, kakak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggal dunia awal pagi tadi.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan memaklumkan Dayang Meliah yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.50 pagi di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.
"Jenazah kini ditempatkan di kediaman keluarganya di Jalan Muhibbah bagi penghormatan terakhir bersama ahli keluarga terdekat," menurut kenyataan itu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang hari ini.
Allahyarham Dayang Meliah ialah anak ketiga daripada 10 adik-beradik.
-- BERNAMA
#kakak Premier Sarawak #Abang Johari Tun Openg #meninggal dunia #Dayang Meliah Tun Openg