Kajian sama ada ECRL perlu ditunda atau ditangguhkan akan dijalankan - PM

Bernama
Jun 6, 2018 17:07 MYT
Keputusan akan dibuat selepas kajian terhadap projek infrastruktur berbilion ringgit itu. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan akan memutuskan sama ada Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditunda atau dibatalkan selepas menjalankan kajian terhadap projek infrastruktur berbilion ringgit itu yang tidak mampu dilaksanakan kerajaan pada masa sekarang.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Kerajaan akan mengkaji projek ini dan berunding untuk memastikan kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang amat banyak bagi ECRL kerana kerajaan tidak mampu".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
"Kita mendapati kontrak itu juga termasuk pembayaran berasaskan tempoh khusus, setakat yang kita boleh tentukan, kerja yang dilaksanakan adalah kurang daripada bayaran yang telah dibuat," katanya.
-- BERNAMA
#ECRL #kabinet #kerajaan #Laluan Rel Pantai Timur #Mahathir Mohamad #Pantai Timur
;