Kajian GCB 2017: 31 peratus percaya pemimpin agama juga korup
Astro Awani
Februari 28, 2017 16:00 MYT
Februari 28, 2017 16:00 MYT
Kajian Barometer Rasuah Global (GCB) 2017 menunjukkan 31 peratus rakyat Malaysia percaya pemimpin agama secara umumnya terlibat dengan rasuah.
Dapatan itu didedahkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M) melalui kajian yang dijalankan antara November 2016 hingga Januari 2017.
Menurut Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar, persepsi tersebut antara lain mencerminkan pemimpin agama juga tidak boleh lari daripada isu integriti atau berselindung di sebalik nama agama dalam melaksanakan tugas seharian.
"Ini bermakna pemimpin agama juga tidak terlepas daripada dinilai sudut integriti dalam kehidupan seharian. Rakyat memerhati tingkah laku dan budaya kerja mereka" kata Akhbar ketika ditemui Astro AWANI selepas sidang media di sini, hari ini.
Kaji selidik tersebut melibatkan 1,009 responden seluruh Malaysia berumur 18 tahun ke atas.