Kajian akan dilakukan bagi kerja mitigasi di kawasan berisiko tinggi - Young Syefura

Azyyati Ahmad
November 26, 2023 03:57 MYT
Tindakan ini susulan mesyuarat tergempar yang telah dilakukan bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad bersama agensi-agensi kerajaan yang lain di Balai Polis Bukit Tinggi, pada Ahad. - Foto X/Young Syefura
KUALA LUMPUR: Kajian menyeluruh akan dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) bagi kerja-kerja mitigasi yang diperlukan untuk daerah Bentong khususnya bagi kawasan berisiko tinggi seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik.
Menurut Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, kerja-kerja baik pulih segera cerun dan jalan, serta kerja pembersihan dan pendalaman sungai juga akan dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JPS buat sementara waktu sebelum pelan baik pulih jangka panjang dilakukan.
Tindakan ini susulan mesyuarat tergempar yang telah dilakukan bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad bersama agensi-agensi kerajaan yang lain di Balai Polis Bukit Tinggi, pada Ahad.
Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bentong itu di laman media sosialnya.
"YB Menteri telah pun mengambil maklum tentang punca-punca kepala air yang menyebabkan runtuhan cerun, kerosakan jalan dan merosakkan pelbagai harta benda penduduk,
"Bencana alam itu juga menjejaskan aktiviti harian dan ekonomi penduduk setempat sebagai kawasan tarikan pelancongan," kongsi beliau di laman X pagi tadi.

Pagi ini suatu mesyuarat tergempar telah dilakukan di Balai Polis Bukit Tinggi dengan kehadiran YB @niknazmi Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim bersama agensi-agensi kerajaan yang lain. YB Menteri telah pun mengambil maklum tentang punca-punca kepala air pic.twitter.com/sgVWxMoKfu

— Rara (@youngsyefura) November 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jabatan Kerja Raya #Jabatan Pengairan dan Saliran #Nik Nazmi #Young Syefura Othman