Kaji semula garis panduan selia, kendali pusat tahfiz - Maszlee

Bernama
September 23, 2018 23:04 MYT
MASZLEE: KPM berpandangan bahawa kerjasama semua agensi penting bagi menangani kes salah laku seks di pusat tahfiz. - Gambar fail
Garis panduan menyelia dan mengendali pusat tahfiz di seluruh negara perlu dikaji semula serta diperketatkan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Justeru, Maszlee berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.
"Memandangkan pusat tahfiz dikendalikan pihak swasta, KPM berpandangan bahawa kerjasama semua agensi penting bagi menangani kes salah laku seks di pusat tahfiz," kata Maszlee dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan seorang pengetua pusat tahfiz di Kepong di sini ditahan polis baru-baru ini selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan pelajarnya berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lepas.
Lelaki awal 30-an itu telah didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya pada Rabu lepas.
-- BERNAMA
#dikaji semula #Maszlee Malik #Menteri Pendidikan #pusst tahfiz #tahfiz
;