Kaitan rasuah dan kemiskinan

Hilmi Malik
Februari 8, 2021 06:32 MYT
Gejala rasuah telah banyak menghalang serta menjadi asbab bagi sesebuah ekonomi untuk berkembang yang hadir dalam pelbagai bentuk. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aktiviti berkaitan rasuah sering menggambarkan seseorang itu menuju ke arah kekayaan, namun hakikatnya hubungan rasuah dan kemiskinan jauh lebih meluas.
Gejala rasuah telah banyak menghalang serta menjadi asbab bagi sesebuah ekonomi untuk berkembang yang hadir dalam pelbagai bentuk.
Memetik laporan Forbes.com, isu berkaitan korupsi mempengaruhi kedua-dua pihak iaitu individu dan juga perniagaan yang menyaksikan dalam bentuk situasi.
Situasi yang dimaksudkan adalah faktor kemiskinan telah mengundang berlakunya rasuah dan dalam pada masa sama, aktiviti tersebut juga mengundang kepada faktor kemiskinan untuk berlaku.
Antara punca yang menyebabkan berlakunya perkara sedemikian adalah disebabkan kelemahan institusi ekonomi, politik, dan juga sosial.
Bercakap mengenai isu kemiskinan, golongan bawahan sering mempunyai masalah dalam menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan mereka.
Dalam komuniti miskin, pada kebiasaannya kelompok ini berdepan dengan masalah kekurangan gaji dan perkara ini secara tidak langsung memberi ruang kepada aktiviti rasuah untuk berlaku demi kelangsungan hidup mereka.
Sebahagian besar komuniti tersebut dikatakan tidak mendapat apa yang mereka bayar sebaliknya mereka akan membayar berdasarkan apa yang mereka dapat.
Perkara ini dapat disaksikan menerusi prestasi kerja yang buruk, pembaziran, perbelanjaan kos palsu yang seterusnya akan melangkah ke tindakan rasuah.
Tiada negara yang terkecuali daripada kegiatan rasuah termasuk negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan sehingga kini tiada penyelesaian yang menyeluruh melibatkan kegiatan tersebut.
Apa yang lebih penting adalah tindakan sesebuah negara untuk memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan keadilan yang sepatutnya selain perlu juga melihat kepada negara jiran yang mengalami isu kemiskinan.
#ekonomi #Rasuah #undang-undang #politik #kemiskinan #Rasuah Buster #Golongan bawahan
;