Kain rentang provokasi cemar kempen PRK Rantau
Rahimah Abdullah
April 6, 2019 12:31 MYT
April 6, 2019 12:31 MYT
Kain rentang dengan ayat provokasi dan menyentuh isu perkauman mencemarkan Kempen Pilihan Raya DUN Rantau pada Sabtu.
Dua kain rentang seumpama itu dipercayai diletakkan individu atau kumpulan yang belum dikenalpasti di beberapa lokasi di DUN itu.
Ia ditulis dalam loghat Negeri Sembilan dan menggunakan perkataan berbaur perkauman yang tidak sepatutnya terhadap Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram.
Susulan itu, Pakatan Harapan (PH) membuat satu laporan polis di Balai Polis Rantau bagi menyiasat individu yang melakukan tindakan provokasi itu.
Bagaimanapun, wakil calon yang membuat laporan polis itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak pimpinan untuk memberikan kenyataan.
#BN
#calon Bebas
#Dr S Streram
#kain rentang
#Negeri Sembilan
#Pakatan Harapan
#perkauman
#PH
#pilihan raya
#prk rantau
#Rantau Memilih