Kahwin usia remaja dikhuatiri timbul konflik dalaman - Kaunselor perkahwinan

Azyyati Ahmad
Disember 17, 2014 07:24 MYT
Menurut Kaunselor perkahwinan, Noraniza Anwar ketika usia bawah 18 tahun seseorang remaja sedang mempelajari erti kehidupan.
Perkahwinan pada usia remaja tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan konflik dalaman terhadap seseorang remaja itu.
Ini kerana, pada usia 18 tahun ke bawah, seseorang remaja masih di dalam proses mengenal diri dan personaliti mereka.
Itu penjelasan oleh kaunselor perkahwinan, Noraniza Anwar dari Klinik Sukses berikutan kisah perkahwinan pengantin remaja, Muhd Muaz Mislan, 15, dan pasangannya Nur Izzati Amiera Ishak, 17, menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Menurut Noraniza, ketika usia tersebut seseorang remaja sedang mempelajari erti kehidupan.
“Pada usia ini, seseorang remaja sedang menjalani proses mengenal diri, mempelajari erti kehidupan seperti belajar menjadi tabah, belajar berasa tertekan dan sebagainya.
“Jika mereka berkahwin pada usia ini, dikhuatiri akan menimbulkan konflik dalaman yang mana selain mengenal diri sendiri mereka harus memikul cabaran dalam konflik menerima manusia lain- takut ia menimbulkan kejutan kepada remaja terbabit.
“Bukan tak boleh, cuma tak digalakkan” jelas Noraniza yang sudah 10 tahun berpengalaman sebagai kaunselor perkahwinan.
Kaunselor perkahwinan, Noraniza Anwar daripada Klinik Sukses - Foto Facebook
Menurut Noraniza, ramai pasangan muda sekitar umur 21 dan 22 tahun yang datang kepadanya untuk mendapat khidmat kaunseling adalah kerana masalah skandal tak diundang, kepercayaan tercalar dan poligami.
Namun, kata Noraniza perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan dalam menyalurkan ilmu dan nasihat.
“Perkahwinan mempunyai tujuh fasa yang perlu dilalui pasangan, yang mana kesemua fasa terbabit perlukan kesabaran.
“Peranan ibu bapa juga penting dalam memberi dorongan dan ilmu kepada pasangan. Secara dasarnya, apabila seseorang lelaki menjadi suami lebih-lebih yang beragama Islam, mereka perlu ada kredibiliti dan bakat kepimpinan dalam memimpin sesebuah rumah tangga.
"Daripada kaca mata seorang kaunselor, saya lihat seseorang remaja masih belum mampu mengimbangi kesemuanya ini” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Undian yang dijalankan Astro AWANI mendapati, sebanyak 66 peratus pembaca merasakan lelaki masih tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami atau bapa di usia muda.
Manakala untuk undian kedua, 50 peratus mengatakan golongan wanita tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai isteri atau ibu di usia remaja dan 34 peratus lagi merasakan golongan ini mampu.
Di laman media rata-rata merasakan tidak salah kahwin pada usia remaja bagi mengelakkan maksiat berleluasa, namun tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju perkahwinan di usia muda.

@501Awani kata saya itu jodoh dan takdir

— ♕ Vanguard's™ (@NabilahNajiha) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani kalau masing2 sedia tanggung risiko & boleh bagi nafkah masing2,boleh buat dengan restu ibubapa yang paling penting

— Yat ATEH Mohamed (@YatMoharany) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani kalau kewangan couple tu stabil dan kukuh, kenapa tidak

— نمرة (@namirahsohami) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani LEBI BAIK & BKN MSLH klu dah matang n dah mampu.Ibu bapa kluarga kenala bagi support. Anak muda kawin pkara baik. Apa nak condemn

— AfeeQa Wardah (Ann) (@Wardahwardah2) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani wajar..tp perlu bnyk sesi kaunseling & kelas rumahtangga..lgpun mengelakkan lbh bnyk masalah sosial spt buang bayi & sex bebas.

— Au Revoir Espada (@IkmalEtherays) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani tak salah kahwin usia muda.Lagi pun dah cukup syarat agama.Rujuk kes Nadrah/Maria perkahwinan penyelamatnya jika tidak ikut barat.

— Rakyat Malaysia/Jaja (@Ehsasjdeed) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani tak setuju. byk lg bnda nk kna enjoy.

— Eddie Sakai (@EddieSakai) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani mentah lagi kewangan pun terumbang ambing unless kalau financial depa ok, on sajalah

— نمرة (@namirahsohami) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Menimbulkan banyak kes penceraian kelak

— INTON (@inursuraya) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani boleh jika diberi didikan yg betul.Kalau tak,tak payah lah.

— Reaper Neimad (@ReaperNeimad) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani ada pros & cons. Yg baiknya org sebut satu ja: elak maksiat.

— Sharifah Arfah (@sharifaharfah) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Kalau kita nak galakkan kahwin muda, persepsi terhadap kahwin tu kena ubah.

— Sharifah Arfah (@sharifaharfah) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani kalau utk elak maksiat je, maka nikah tu untuk menghalalkan seks saja.

— Sharifah Arfah (@sharifaharfah) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani tak salah pun kawin awal. Cuma ilmu dan tunjuk ajar dr org berpengalaman sgt perlu.

— hasnita (@has587) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kahwin muda #kaunselor #Noraniza Anwar #perkahwinan
;