Kadar vaksinasi penuntut IPT kini 82 peratus

Bernama
Oktober 5, 2021 04:44 MYT
Kadar vaksinasi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah mengambil dua dos vaksin COVID-19 telah mencapai 82 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah lebih 91 peratus. -BERNAMA
SHAH ALAM: Kadar vaksinasi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah mengambil dua dos vaksin COVID-19 telah mencapai 82 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah lebih 91 peratus.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata beliau yakin IPT kini selamat, dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.
"Jika mereka belum lagi divaksin, penuntut IPT itu bukannya tidak memohon tetapi mungkin disebabkan sistem yang memaksa mereka untuk menunggu giliran.
"Surat tawaran (kemasukan IPT) itu penting kerana ia membolehkan penuntut IPT mempercepatkan pengambilan vaksin mereka dengan hanya pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin atau pusat kesihatan untuk membolehkan mereka mendapatkan vaksin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia 2021, di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Institusi Pengajian Tinggi #vaksin #Ahmad Masrizal Muhammad #pelajar IPT
;