Kadar tol naik antara 17 hingga 80 peratus di beberapa lebuhraya
Kohilah Sekaran
Oktober 12, 2015 18:40 MYT
Oktober 12, 2015 18:40 MYT
Beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober ini.
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman kenaikan tol dilakukan oleh konsesi tertentu menerusi kenyataan bersaingan, dan bukannya kerajaan.
Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;
Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3 bermula Khamis.
Lebuhraya MAJU Expressway (MEX) - Kadar tol naik 20-33% antara 20 sen hingga RM3
Lebuhraya Kajang SILK- Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40 mulai 15 Oktober
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1
Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway) - Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.
Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - Kadar tol naik 44%.
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - Kadar tol naik 54%